NABI SALIH

Serial Quran dan Sains

SALIH DAN KAUM TSAMUD
Tarikh nabi Salih sekitar 2.100 SM (Al-Maghluts, 2008). Seperti tarikh nabi Hud, tarikh Nabi Salih juga tidak tercantum dalam Perjanjian Lama. Nabi Salih berasal dari kaum Samud yang masih serumpun dengan kaum ‘Ad. Kedua puak suku ini masih keturunan Nabi Nuh melalui jalur Sam. Ayat berikut  menjelaskan kaum Samud adalah pengganti kaum ‘Ad.

 وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِن بَعْدِ عَادٍ وَبَوَّأَكُمْ فِي الْأَرْضِ تَتَّخِذُونَ مِن سُهُولِهَا قُصُورًا وَتَنْحِتُونَ الْجِبَالَ بُيُوتًا ۖ فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ۝

Dan ingatlah ketika Dia menjadikan kamu khalifah-khalifah setelah kaum ‘Ad dan menempatkan kamu di bumi. Di tempat yang datar kamu dirikan istana-istana dan di bukit-bukit kamu pahat menjadi rumah-rumah. Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu membuat kerusakan di bumi. (Alquran, Surah al-A‘rāf/7: 74)

Menurut Al-Maghluts (2008), nasab Nabi Salih adalah: Salih bin Ubaid bin Asif bin Masah bin Ubaid bin Hadzir bin Samud bin Amir bin Iram bin Sam bin Nuh. Kaum Nabi Salih, Samud, juga dikenal sebagai ahli bangunan. Mereka membuat rumah-rumah dengan memahat/melubangi gunung-gunung. (more…)

Continue Reading
Close Menu